Tuesday 24 March 2015

Proposal Project Organic Cosmetic System

haaaa this sem sangat sangat busy. nak update blog pun ya Allah hai.. ish ish takbaik mengeluh !! #kitalawan ! hahaha.. ok ok serious, nak update blog ni mudah je kan sebenarnya, ada laptop/pc dah jalan. ha paling penting WAJIB ada line internet. kalau takde, takjadi apa juga kan. hahaha fasa pertama kami perlu settle kan proposal projek juta juta ni dulu. dan tunjukan pada Puan Hidayah iaitu pensyarah kami untuk subjek ini (SYSTEM DEVELOPMENT WORKSHOP). Jadinya kami pun bertungkus-lumus untuk menyiapkan proposal ini. Dengan mempunyai ahli kumpulan yang memberi komitmen sepenuhnya(ecewahh haha) kami sering membuat perjumpaan untuk berbincang dan memberi tugas masing2. takkira tempat kami berjumpa, di hostel, di kampus fuhh






 setelah itu, kami akan berkumpul semula untuk collect semua kerja yang telah selesai. pada minggu ke-3 kami telah berjaya menyiapkan proposal projek ini. Dengan nervousnya kami pergi jumpa Puan Hidayah untuk minta di lihat proposalnya walaupun tarikh submit minggu ke-5.Malangnya, malang takberbau. hahaha proposal kami banyak perlu dibaiki. Awal-2 muka surat lagi dah kena reject. kahkahkah lawak. tp yelah kan, bukan nk senang dan bukan senang nak berjaya. kita perlu menapak dari bawah sehingga berlari ke puncak wah gituu caca motivasi cakap depan cermin. 

Okay mula mula sekali kami perlu perbaiki objektif, problems statement, data requirement, data transaction, ERD dan banyak lagi lah. huhu *sigh ..walaubagaimana pun kami tetap terima dgn hati yg terbuka dan beranggap bahawa ini semua demi kebaikan bersama hahaha. kami balik dan kami repair. untung juga kami rasa siapkan awal-2 jika ada kesalahan boleh kami betulkan dgn segera. tanpa berputus asa, pada minggu ke-4 kami berjumpa lagi Puan Hidayah. dan lagi sekali kena rejected sbb ada kesalahan2 yg sama hahaha..stress stress..tapi takpe, #kitalawan ! yelah bayangkan ERD dan data requirement, data transaction kena betulkan dua kali, mana tak haihhh sabo sabo..sabar itu kan indah hihi. baiklah, yang baik datang dari Dia, yg buruk datang dari kami sendiri. sekiann :)


0 comments:

Post a Comment